.:: sebuah refleksi diri ::.


Manaqib Al-Habib Sayyid Muhammad Alawy Al-Maliki

Posted in Manakib by al4mien on 26 March 2010

Sayyid Prof. Dr. Muhammad ibn Sayyid ‘Alawi ibn Sayyid ‘Abbas ibn Sayyid ‘Abdul ‘Aziz al-Maliki al-Hasani al-Makki al-Asy’ari asy-Syadzili adalah salah seorang ulama Islam yang utama pada dasawarsa ini tanpa diragukan lagi, ulama yang paling dihormati dan dicintai di kota suci Mekkah al-Mukaramah. Dan diakui oleh seluruh para ulama dan pemuka agama di muka bumi.

Beliau merupakan keturunan Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam, penghulu Ahlil Bait, Imam Hadis di zaman kita, pemimpin keempat-empat mazhab, ketua rohani yang paling berkaliber, pendakwah ke jalan Allah, seorang yang tidak goyah dengan pegangannya di dunia ilmiah Islam turath (tradisional).

Menziarahi (mengunjungi) beliau dianggap merupakan suatu keharusan bagi para ulama yang menziarahi kota Mekkah.

Keluarga Keturunan Sayyid merupakan keturunan mulia yang bersambung secara langsung dengan Junjungan kita Baginda Nabi Muhammad Sallahu ‘Alaihi Wasallam sendiri. Beliau merupakan waris keluarga Al-Maliki Al-Hasani di Mekkah yang masyhur yang merupakan keturunan Rasulullah Sallahu ‘Alaihi Wasallam, melalui cucu Baginda Nabi, Imam Al-Hasan bin Ali bin Abi Thalib, Radhiyallahu ‘Anhum.

Keluarga al-Maliki merupakan salah satu keluarga yang paling dihormati di Mekkah dan telah melahirkan alim ulama besar di Mekkah, yang telah mengajar di Mekkah sejak lama.

Lima orang dari keturunan Sayyid Muhammad, telah menjadi Imam Mazhab Maliki di Haram Mekkah. Datuk beliau, Al-Sayyid Abbas Al-Maliki, merupakan Mufti dan Qadhi Mekkah dan khatib di Masjidil Haram. Beliau memegang jabatan ini ketika pemerintahan Ustmaniyah serta Hasyimiah, dan seterusnya terus memegang jabatan tersebut setelah Kerajaan Saudi diasaskan. Raja Abdul Aziz bin Sa’ud sangat menghormati beliau. Riwayat Hidup beliau boleh dirujuk pada kitab Nur An-Nibras fi Asanid Al-Jadd As-Sayyid Abbas oleh cucunya As-Sayyid Muhammad Al-Maliki.

Ayahanda beliau pula, As-Sayyid Alawy Al-Maliki merupakan salah seorang ulama Mekkah Termasyhur, dan Muhaddist besar di abad yang lalu. Beliau telah mengajar berbagai ilmu Islam tradisional di Masjidil Haram selama hampir 40 tahun. Ratusan murid dari seluruh pelosok dunia telah mengambil faedah dari beliau melalui kuliah pengajaran beliau di Masjidil Haram, dan banyak di kalangan mereka telah memegang jabatan penting agama di negara masing-masing.

Malah, Raja Faisal tidak akan membuat keputusan-keputusan yang berkaitan dengan kota Mekkah melainkan setelah meminta nasehat terlebih dahulu kepada As-Sayyid Alawy. Beliau telah meninggal dunia pada tahun 1971 dan upacara pengebumiannya merupakan yang terbesar di Mekkah sejak seratus tahun. Dalam tempoh 3 hari dari kematian beliau, Stasiun Radio Saudi setempat hanya menyiarkan bacaan Al-Quran, sesuatu yang tidak pernah dilakukan kecuali hanya untuk beliau.

Penjelasan lebih lanjut tentang As-Sayyid Alawy boleh dirujuk kepada biografinya berjudul Safahat Musyriqah min Hayat Al-Imam As-Sayyid As-Syarif Alawy bin Abbas Al-Maliki oleh anaknya, yang juga merupakan adik kepada As-Sayyid Muhammad, As-Sayyid Abbas Al-Maliki, juga seorang ulama, tetapi lebih dikenali dengan suara merdunya dan pembaca Qasidah yang paling utama di Arab Saudi. Biografi ini juga mengandungi tulisan yang berkenaan dengan As-Sayyid Alawy dari para ulama dari seluruh dunia Islam.

Keluarga al-Maliki juga telah melahirkan banyak ulama lain, tetapi penulis hanya mencukupkan dengan menyebut bapak dan kakek kepada As-Sayyid Muhammad bin Alawy al-Maliki. Untuk keterangan lebih lanjut, bisa merujuk pada tulisan-tulisan berkaitan sejarah Mekkah dan ulamanya di abad-abad mutakhir.

Biodata Syaikh Sayyid Muhammad Alawy Al-Maliki r.a.

Nama beliau ialah Sayyid Muhammad bin ‘Alawy bin ‘Abbas bin Abdul Aziz Al-Maliki Al-Hasani. Beliau berasal dari keturunan Sayyid Idris Al-Azhar bin Idris Al-Akbar bin Abdullah Al-Kamil bin Hasan Al-Muthanna bin Sayyidina Hasan r.a. bin Saiyidina Ali k.r.w., suaminya Sayidatina Fatimah r.a. binti Rasulullah s.a.w.

Beliau dilahirkan dirumah ayahandanya, di Babus Salam, Mekkah Al-Mukarramah pada tahun 1365 Hijrah bertepatan dengan 1946 M. Keluarga beliau mendapat gelaran Al-Maliki karena salah seorang datuknya dilantik menjadi Mufti Mazhab Maliki di Mekkah Al-Mukarramah pada zaman pemerintahan Syarif ‘Aun.

Beliau merupakan anak, bahkan cucu kepada ulama-ulama besar di Mekkah Al-Mukarramah. Ayahandanya Syaikh Sayyid ‘Alawy bin ‘Abbas Al-Maliki merupakan seorang ulama’ besar di Mekkah Al-Mukarramah, begitu juga datuknya ‘Abbas bin Abdul Aziz Al-Maliki.

Sayyid Prof. Dr. Muhammad bin Sayyid ‘Alawy bin Sayyid ‘Abbas bin Sayyid ‘Abdul ‘Aziz al-Maliki al-Hasani al-Makki al-Asy’ari asy-Syadzili lahir di Mekkah pada tahun 1365 H. Pendidikan pertamanya adalah Madrasah Al-Falah, Mekkah, dimana ayah beliau Sayyid Alawy bin Abbas al Maliki sebagai guru agama di sekolah tersebut yang juga merangkap sebagai pengajar di halaqah di Haram Makki. Beliau juga belajar kepada ulama-ulama Mekkah terkemuka lainnya, seperti Sayyid Amin Kutbi, Hassan Masshat, Muhammad Nur Sayf, Sa’id Yamani, dan lain-lain. Ayahanda beliau adalah salah satu guru dari ulama-ulama sepuh di Indonesia , seperti Hadhratus Syaikh K.H. Hasyim Asy’ari, KH. Abdullah Faqih Langitan, KH. Maimun Zubair dan lain-lain. Dalam meneruskan perjuangan ayahandanya, Sayyid Muhammad sebelumnya mendapatkan sedikit kesulitan karena beliau merasa belum siap untuk menjadi pengganti ayahnya. Maka langkah pertama yang diambil adalah melanjutkan studi dan ta’limnya terlebih dahulu. Beliau berangkat ke Kairo dan Universitas al-Azhar Assyarif merupakan pilihannya. Setelah meraih S1, S2 dan S3 dalam ilmu Hadist dan Ushuluddin beliau kembali ke Mekkah untuk melanjutkan perjalanan yang telah di tempuh sang ayah.

Pendidikan Syaikh Muhammad ‘Alawy Al-Maliki r.a.

Beliau memulai pendidikan awalnya di Madrasah Al-Falah dan Madrasah Tahfiz Al-Qur’an dan pengajian-pengajian tidak formal di dalam halaqah-halaqah pengajian ilmu di Masjid Al-Haram oleh ulama-ulama besar Mekkah Al-Mukarramah.

Dengan arahan ayahnya, beliau juga turut mempelajari dan mendalami berbagai ilmu agama Islam seperti: Aqidah, Tafsir, Hadisth, Fiqh, Usul, Musthala’ah, Nahwu dan lain-lain, di tangan ulama-ulama besar lain di Mekkah serta Madinah. Mereka semua telah memberikan ijazah penuh kepada beliau untuk mengajar ilmu-ilmu ini kepada orang lain.

Ketika berumur 15 tahun, As-Sayyid Muhammad telah mengajar kitab-kitab Hadisth dan Fiqh di Masjidil Haram, kepada pelajar-pelajar lain, dengan arahan guru-gurunya. Setelah mempelajari ilmu turath di tanah kelahirannya Mekkah, beliau diantar oleh ayahnya untuk menuntut ilmu di Universitas Al-Azhar As-Syarif. Beliau menerima ijazah PhD dari Al-Azhar ketika berusia 25 tahun, menjadikan beliau warga Arab Saudi yang pertama dan termuda menerima ijazah PhD dari Al-Azhar. Tesis beliau berkenaan Hadisth telah dianggap cemerlang dan menerima pujian yang tinggi dari alim ulama unggul di Al-Azhar ketika itu, seperti Imam Abu Zahrah.

Seterusnya, beliau melanjutkan pengajiannya di India ketika usianya mencapai 20 tahun. Di sana , beliau tinggal bersama Syaikh Muhammad Ali Zainal di Bombay. Beliau juga sempat belajar di Pakistan dengan Mufti Pakistan saat itu, yaitu Syaikh Muhammad Syafi’e dan sebagainya.

Beliau juga pernah belajar di Libya . Di sana , beliau belajar di Ma’ahad Al-Azhari dan seterusnya melanjutkan pengajiannya di Universitas Al-Azhar di Mesir.

Kemudian, beliau terpaksa pulang kembali ke Mekkah Al-Mukarramah untuk menjaga ayahandanya yang tidak berapa sehat. Beliau seterusnya menyambung pengajiannya di Kuliah Syariah Universitas di Mekkah.

Namun, setelah tamat pengajian beliau di Mekkah, beliau kembali melanjutkan pengajiannya di Al-Azhar di peringkat Master dan Ijazah Kedoktoran. Beliau akhirnya mendapat keputusan MUMTAZ (amat cemerlang). Tesis karangan beliau mendapat pujian dari ulama-ulama besar Al-Azhar.

Sayyid Muhammad memperoleh gelar Ph.D-nya dalam Studi Hadits dengan penghargaan tertinggi dari Jami’ al-Azhar di Mesir, pada saat baru berusia dua puluh lima tahun. Beliau kemudian melakukan perjalanan dalam rangka mengejar studi Hadits ke Afrika Utara, Timur Tengah, Turki, Yaman, dan juga anak benua Indo-Pakistan, dan memperoleh sertifikasi mengajar (ijazah) dan sanad dari Imam Habib Ahmad Mashhur al Haddad, Syaikh Hasanayn Makhluf, Ghumari bersaudara dari Marokko, Syekh Dya’uddin Qadiri di Madinah, Maulana Zakariyya Kandahlawi, dan banyak lainnya. Sayyid Muhammmad merupakan pendidik Ahlus Sunnah wal Jama’ah, seorang ‘alim kontemporer dalam ilmu hadits, ‘alim mufassir (penafsir) Qur’an, Fiqh, doktrin (‘aqidah), tasawwuf, dan biografi Nabawi (sirah). Sayyid Muhammad al-Makki merupakan seorang ‘alim yang mewarisi pekerjaan dakwah ayahanda, membina para santri dari berbagai daerah dan negara di dunia Islam di Mekkah al-Mukarromah.

Guru-guru SyaikhMuhammad ‘Alawy Al-Maliki r.a.:

Ijazah-ijazah

Sistem pengajian tradisi atau turath, pegangan para ulama dari Rasulullah turun temurun ke para Sahabat, para tabi’in, para Imam, para ulama terus menerus secara estafet terpelihara hingga kini, berasaskan kepada ijazah atau ‘keizinan untuk menyampaikan ilmu’. Bukan semua orang boleh mengajar. Hanya mereka yang memiliki ijazah yang di-iktiraf (diakui) dari alim-ulama yang terkenal saja yang boleh mengajar. Setiap cabang pengetahuan dan setiap kitab Hadisth, Fiqh, Tafsir dan lain-lain, mempunyai Sanad-sanad, atau rantaian riwayat yang bersambung sehingga kepada penyusun kitab tersebut sendiri melalui anak-anak muridnya dan seterusnya anak-anak murid mereka. Banyak sanad-sanad yang penting, seperti sanad Al-Qur’an, Hadisth dan Tasawwuf, bersambung sehingga kepada Rasulullah Sallahu Alaihi Wasallam.

Sayyid Muhammad mendapat penghormatan dengan menjadi Shaykh dengan bilangan ijazah terbanyak dalam waktunya. Beliau juga memiliki rantaian sanad terpendek atau terdekat dengan datuknya, Nabi Muhammad Sallahu Alaihi Wasallam.

Di Tanah Arab, tanah kelahirannya, dan dalam perjalanan menimba ilmunya, As-Sayyid Muhammad mendapat lebih dari 200 ijazah dari alim-ulama yang besar dan agung di zamannya, di setiap cabang ilmu Islam. Ijazah beliau sendiri, yang beliau berikan kepada murid-muridnya adalah merupakan yang paling berharga dan jarang di dunia, menghubungkan anak-anak muridnya dengan sejumlah besar para ulama agung.

Para Masyaikh (Guru-Guru beliau) yang memberikan As-Sayyid Muhammad ijazah-ijazah mereka merupakan ulama besar dari seluruh dunia Islam. Kita menyebutkan sebagian mereka:

Dari Mekkah:

1.Ayah beliau yang alim dan guru beliau yang pertama, As-Sayyid Alawy bin Abbas al-Maliki

2.Shaykh Muhammad Yahya Aman al-Makki

3.Shaykh al-Sayyid Muhammad al-Arabi al-Tabbani

4.Shaykh Hasan Sa‘id al-Yamani

5.Shaykh Hasan bin Muhammad al-Mashshat

6.Shaykh Muhammad Nur Sayf

7.Shaykh Muhammad Yasin al-Fadani

8.Al-Sayyid Muhammad Amin Kutbi

9.Al-Sayyid Ishaq bin Hashim ‘Azuz

10. Habib Hasan bin Muhammad Fad‘aq

11. Habib Abd-al-Qadir bin ‘Aydarus al-Bar

12. Shaykh Khalil Abd-al-Qadir Taybah

13. Shaykh Abd-Allah al-Lahji

Dari Madinah:

1.Shaykh Hasan al-Sha‘ir, Shaykh al-Qurra of Madinah

2.Shaykh Diya-al-Din Ahmad al-Qadiri

3.As-Sayyid Ahmad Yasin al-Khiyari

4.Shaykh Muhammad al-Mustafa al-Alawy al-Shinqiti

5.Shaykh Ibrahim al-Khatani al-Bukhari

6.Shaykh Abd-al-Ghafur al-Abbasi al-Naqshbandi

Dari Hadramauth dan Yaman:

1.Al-Habib Umar bin Ahmad bin Sumayt, Imam Besar Hadramauth

2.Shaykh As-Sayyid Muhammad Zabarah, Mufti Yaman

3.Shaykh As-Sayyid Ibrahim bin Aqil bin Yahya al-Ba-Alawy, Mufti Ta‘iz

4.Al-Imam al-Sayyid Ali bin Abd-al-Rahman al-Habsyi

5.Al-Habib Alawy bin Abd-Allah bin Shihab

6.As-Sayyid Hasan bin Abd-al-Bari al-Ahdal

7.Shaykh Fadhl bin Muhammad Ba-Fadhal

8.Al-Habib Abd-Allah bin Alawy al-Aththas

9.Al-Habib Muhammad bin Salim bin Hafidz

10. Al-Habib Ahmad Mashhur bin al-Haddad

11. Al-Habib Abd-al-Qadir bin Ahmad al-Saqqaf Seiwun tsumma Jeddah

12. Al-Habib ‘Alawy bin Abdullah Al-Tarimi

13. Al-Habib Muhammad bin ‘Alawy bin Syihab

14. Al-Habib Abdul Rahman bin Abdullah Al-Aththas

Dari Syria :

1.Shaykh Abu-al-Yasar bin Abidin, Mufti Syria

2.Shaykh As-Sayyid al-Sharif Muhammad al-Makki al-Kattani, Mufti Maliki

3.Shaykh Muhammad As‘ad al-Abaji, Mufti Shafi‘i

4.Shaykh As-Sayyid Muhammad Salih al-Farfur

5.Shaykh Hasan Habannakah al-Maydani

6.Shaykh Abd-al-Aziz ‘Uyun al-Sud al-Himsi

7.Shaykh Muhammad Sa‘id al-Idlabi al-Rifa‘i

Dari Mesir:

1.Shaykh As-Sayyid Muhammad al-Hafiz al-Tijani, Imam Hadisth di Mesir

2.Shaykh Hasanayn Muhammad Makhluf, Mufti Mesir

3.Shaykh Salih al-Ja‘fari, Imam Besar Masjid Al-Azhar

4.Shaykh Amin Mahmud Khattab al-Subki

5.Shaykh Muhammad al-‘Aquri

6.Shaykh Hasan al-‘Adawi

7.Shaykh As-Sayyid Muhammad Abu-al-‘Uyun al-Khalwati

8.Shaykh Dr. Abd-al-Halim Mahmud, Syeihkul Azhar

Dari Afrika Utara ( Maghribi , Algeria , Libya dan Tunisia ):

1.Shaykh As-Sayyid As-Sharif Abd-al-Kabir al-Saqali al-Mahi

2.Shaykh As-Sayyid Abd-Allah bin Al-Siddiq Al-Ghimari, Imam Hadisth

3.Shaykh As-Sayyid Abd-al-Aziz bin Al-Siddiq al-Ghimari

4.As-Sharif Idris al-Sanusi, Raja Libya

5.Shaykh Muhammad At-Tahir bin ‘Ashur, Imam Zaytunah , Tunis

6.Shaykh al-Tayyib Al-Muhaji al-Jaza’iri

7.Shaykh Al-Faruqi Al-Rahhali Al-Marrakashi

8.Shaykh As-Sayyid As-Sharif Muhammad al-Muntasir al-Kattani

Dari Indonesia (antaranya):

1. Al-Habib Ali bin Abdul Rahman Al-Habsyi
2. Al-Habib Ali bin Husein Al-‘Aththas
3. Al-Habib Hamid bin Muhammad Al-Sari
4. Al-Habib Syekh bin Salim Al-‘Attos
5. Al-Habib Abdul Rahman bin Abdullah Al-Habsyi Al-Falembani
6. Al-Habib Abdullah bin Abdul Qadir Bil Faqih

Dari Syam (antaranya):

1. Sayyid Al-Syarif Muhammad Al-Makki bin Muhammad Al-Kattani
2. Syaikh Hasan bin Muhammad Al-Maidani
3. Syaikh Abdul Aziz bin Muhammad Ali Al-Sud
4. Syaikh Muhammad Soleh bin Abdullah Al-Farfur Al-Hasani
5. Al-Tobib Syaikh Muhammad Abu Yusr bin Muhammad Al-Husaini (Mufti Syam)

Dari Moroco (antaranya):

1. Syaikh Al-Syarif Abdul Kabir bin Muhammad Al-Soqali
2. Syaikh Sayyid Abdullah bin Muhammad Al-Ghumari Al-Maghribi
3. Sayyid Abdul Aziz bin Muhammad Al-Ghumari Al-Maghribi
4. Syaikh As-Syarif Muhammad Al-Muntasir bin Muhammad Al-Zamzami

Dari India dan Pakistan (antaranya):

1. Syaikh Muhammad Zakaria bin Muhammad Yahya Al-Kandahlawi Al-Madani (Syaikh Muhadist di Saharanfur)
2. Syaikh Habib Al-Rahman bin Muhammad Sobir Al-A’azomi (SyaikhHadis di Mazar Al-Ulum, Madras )
3. Syaikh Al-Sayyid Muhammad Yusuf bin Muhammad Zakaria Al-Bannuri (SyaikhHadis di Karaci)
4. Syaikh Muhammad Syafi’e bin Muhammad Yasiin Al-Uthmani Al-Deobandi (Mufti Pakistan )
5. Syaikh Zafar Ahamd Al-Uthmani Al-Tahanawi Al-Hindi
6. Syaikh Muhammad Ibrahim Al-Balyawi

Dari Sudan :

1.Shaykh Yusuf Hamad An-Nil

2.Shaykh Muddassir Ibrahim

3.Shaykh Ibrahim Abu-an-Nur

4.Shaykh At-Tayyib Abu-Qinayah

Dari Rantau Indo-Pak:

1.Shaykh Abu-al-Wafa al-Afghani Al-Hanafi

2.Shaykh Abd-al-Mu‘id Khan Hyderabadi

3.Al-Imam Al’Arif Billah Mustafa Rida Khan al-Barelawi, Mufti India

4.Mufti Muhammad Shafi’ Al-Deobandi, Mufti Pakistan

5.Mawlana Muhammad Zakariyya Al-Kandahlawi, Imam Hadisth

6.Mawlana Zafar Ahmad Thanawi

7.Shaykh Al-Muhaddith Habib-al-Rahman Al-‘Azami

8.Sayyid Abu-al-Hasan Ali An-Nadawi

Masih banyak lagi para pembimbing dan guru Syaikh Sayyid Muhammad ‘Alawy Al-Maliki namun tidak mampu untuk diungkapkan di sini. Semoga Allah merahmati mereka sekalian. Amin.

Kegigihan Beliau dalam Bidang Pendidikan

Sayyid Muhammad Al-Maliki merupakan seorang penyebar dakwah yang sangat gigih, disamping juga sebagai seorang murobbi. Beliau tetap keluar untuk mengajar sekalipun dalam keadaan tidak sehat atau ketika demam.

Kesungguhan beliau tergambar pada kata-kata anak-anak muridnya seraya berkata: “Ustaz (Sayyid Muhammad Al-Maliki) lebih tekun daripada anak muridnya sendiri”.

Beliau juga senantiasa memberi semangat dan dorongan kepada anak-anak muridnya supaya gigih dalam menuntut ilmu pengetahuan. Di samping itu, beliau turut memuliakan ilmu. Beliau sering berkata bahwa:

“Saya tidak akan menerima seseorang itu belajar dengan saya kecuali dengan syarat.”

Disamping itu juga, beliau merupakan seorang yang amat memuliakan guru-guru dan para ulama’. Beliau sering mengingatkan para muridnya dengan perkataan Syaikh Al-Imam Al-Habib Abdullah bin ‘Alawy Al-Haddad: “Tidaklah seseorang itu dinamakan “Syaikh insan” kecuali orang yang telah terhimpun hatinya dengan gurunya hingga sang murid tidak melihat seseorang yang lebih afdhal daripada gurunya itu. Maka, yang demikian itu memberikan manfaat kepadanya.”

Beliau juga turut mengasihi anak-anak muridnya sehingga beliau tidak membenarkan mereka memanggilnya dengan panggilan “sheikh” atau “ustadz” tetapi menyuruh mereka memanggilnya dengan panggilan “Abuya” (berarti, ayahku), untuk mengeratkan hubungan kasih sayang sesamanya dengan para muridnya.

Beliau, sebagaimana Masyaikh tradisi yang lain, juga seperti keturunannya sebelum beliau, mengajar hanya karena Allah dan tidak mengharapkan keuntungan material langsung.

Malahan, beliau menempatkan sejumlah besar pelajar di rumahnya sendiri, menyediakan untuk mereka makan minum, penginapan, pakaian, kitab-kitab serta segala keperluan mereka. Sebagai balasan, mereka hanya diminta mengikuti peraturan dan etika penuntut ilmu agama yang suci. Pelajar-pelajar ini biasanya menetap bersama beliau bertahun-tahun lamanya, mempelajari berbagai cabang ilmu Islam, dan seterusnya kembali ke negeri masing-masing. Ratusan dari para pelajar telah menuntut ilmu kepada beliau dan telah menjadi pelopor pengetahuan Islam dan kerohanian di negara mereka, terutamanya di Indonesia , Malaysia , Mesir, Yaman dan Dubai .

Setelah pulang dari Al-Azhar, beliau dilantik sebagai Profesor Pengajian Islam di Universitas Ummul Qura di Mekkah, yang mana beliau telah mengajar sejak tahun 1970.

Pada tahun 1971, setelah ayahandanya meninggal dunia, para ulama Mekkah meminta beliau untuk menggantikan tempat ayahnya sebagai guru di Masjidil Haram. Beliau menerimanya, lantas menduduki kedudukan yang telah diduduki oleh keluarganya lebih dari seabad. Beliau juga kadang kala mengajar di Masjid Nabi di Madinah. Kuliah pengajian beliau merupakan kuliah yang paling ramai dihadiri di kedua-dua Tanah Haram.

Pada awal tahun 80-an, beliau telah mengosongkan kedudukan mengajarnya di Universitas Ummul Qura juga jabatan yang diterimanya di Masjidil Haram, melihat fatwa dari sebagian ulama fanatik fahaman Wahhabi, yang menganggap kewujudannya sebagai ancaman kepada ideologi dan kekuasaan mereka.

Sejak itu, beliau mengajar kitab-kitab agung Hadisth, Fiqh, Tafsir dan tasawwuf di rumah dan masjidnya di Jalan Al-Maliki di Daerah Rusayfah, Mekkah. Kuliah-kuliah umumnya antara waktu Maghrib dan Isya dihadiri tidak kurang daripada 500 orang setiap hari. Banyak pelajarnya yang berasal dari Universitas menghadiri pengajiannya di waktu malam. Sehingga malam sebelum beliau meninggal dunia, majlisnya dipenuhi penuntut ilmu.

Sayyid Muhammad Alawy Al-Maliki amat dihormati oleh Kerajaan Arab Saudi dan selalu diminta nasehat dari Raja sendiri dalam urusan-urusan yang penting. Beliau juga dilantik sebagai ketua juri dalam Musabaqah Qur’an antara bangsa di Mekkah selama tiga tahun berturut-turut.

Ketinggian Peribadi Beliau dan Pengabdian Beliau kepada Allah s.w.t.

Beliau merupakan seorang yang sangat zuhud dalam setiap aspek kehidupan. Beliau menolak kemewahan di dunia dan perhiasannya dan hidup dalam keadaan penuh tawaddu’ dan rendah diri. Beliau juga sentiasa berkhidmat kepada umat Islam yang memerlukan khidmatnya.

Beliau pernah memohon untuk mengundurkan diri dari jabatan pensyarah (pemberi penjelasan) di Universitas Ummul Qura. Beliau juga senantiasa mengerjakan sholat jama’ah dan sholat tahajjud.

Tulisan Beliau

Sayyid Muhammad merupakan seorang penulis prolifik dan telah menghasilkan hampir seratus buah kitab. Beliau telah menulis dalam berbagai topik agama, undang-undang, social serta sejarah, dan kebanyakan bukunya dianggap sebagai rujukan utama dan perintis kepada topik yang dibicarakan dan direferensikan sebagai buku teks di Institusi-institusi Islam di seluruh dunia.

Kita sebutkan sebagian hasilnya dalam berbagai bidang:

Aqidah:

1.Mafahim Yajib an Tusahhah

2.Manhaj As-salaf fi Fahm An-Nusus

3.At-Tahzir min at-Takfir

4.Huwa Allah

5.Qul Hazihi Sabeeli

6.Sharh ‘Aqidat al-‘Awam

Tafsir:

1.Zubdat al-Itqan fi ‘Ulum al-Qur’an

2.Wa Huwa bi al-Ufuq al-‘A’la

3.Al-Qawa‘id al-Asasiyyah fi ‘Ulum al-Quran

4.Hawl Khasa’is al-Quran

Hadisth:

1.Al-Manhal al-Latif fi Usul al-Hadisth al-Sharif

2.Al-Qawa‘id al-Asasiyyah fi ‘Ilm Mustalah al-Hadisth

3.Fadl al-Muwatta wa Inayat al-Ummah al-Islamiyyah bihi

4.Anwar al-Masalik fi al-Muqaranah bayn Riwayat al-Muwatta lil-Imam Malik

Sirah:

1.Muhammad (Sallallahu Alaihi Wasallam) al-Insan al-Kamil

2.Tarikh al-Hawadith wa al-Ahwal al-Nabawiyyah

3.‘Urf al-Ta’rif bi al-Mawlid al-Sharif

4.Al-Anwar al-Bahiyyah fi Isra wa M’iraj Khayr al-Bariyyah

5.Al-Zakha’ir al-Muhammadiyyah

6.Zikriyat wa Munasabat

7.Al-Bushra fi Manaqib al-Sayyidah Khadijah al-Kubra

Usul:

1.Al-Qawa‘id al-Asasiyyah fi Usul al-Fiqh

2.Sharh Manzumat al-Waraqat fi Usul al-Fiqh

3.Mafhum al-Tatawwur wa al-Tajdid fi al-Shari‘ah al-Islamiyyah

Fiqh:

1.Al-Risalah al-Islamiyyah Kamaluha wa Khuluduha wa ‘Alamiyyatuha

2.Labbayk Allahumma Labbayk

3.Al-Ziyarah al-Nabawiyyah bayn al-Shar‘iyyah wa al-Bid‘iyyah

4.Shifa’ al-Fu’ad bi Ziyarat Khayr al-‘Ibad

5.Hawl al-Ihtifal bi Zikra al-Mawlid al-Nabawi al-Sharif

6.Al-Madh al-Nabawi bayn al-Ghuluww wa al-Ijhaf

Tasawwuf:

1.Shawariq al-Anwar min Ad‘iyat al-Sadah al-Akhyar

2.Abwab al-Faraj

3.Al-Mukhtar min Kalam al-Akhyar

4.Al-Husun al-Mani‘ah

5.Mukhtasar Shawariq al-Anwar

Lain-lain:

1.Fi Rihab al-Bayt al-Haram (Sejarah Mekkah)

2.Al-Mustashriqun Bayn al-Insaf wa al-‘Asabiyyah (Kajian Berkaitan Orientalis)

3.Nazrat al-Islam ila al-Riyadah (Sukan dalam Islam)

4.Al-Qudwah al-Hasanah fi Manhaj al-Da‘wah ila Allah (Teknik Dawah)

5.Ma La ‘Aynun Ra’at (Butiran Syurga)

6.Nizam al-Usrah fi al-Islam (Peraturan Keluarga Islam)

7.Al-Muslimun Bayn al-Waqi‘ wa al-Tajribah (Muslimun, Antara Realiti dan Pengalaman)

8.Kashf al-Ghumma (Ganjaran Membantu Muslimin)

9.Al-Dawah al-Islahiyyah (Dakwah Pembaharuan)

10. Fi Sabil al-Huda wa al-Rashad (Koleksi Ucapan)

11. Sharaf al-Ummah al-Islamiyyah (Kemulian Ummah Islamiyyah)

12. Usul al-Tarbiyah al-Nabawiyyah (Metodologi Pendidikan Nabawi)

13. Nur al-Nibras fi Asanid al-Jadd al-Sayyid Abbas (Kumpulan Ijazah Datuk beliau, As-Sayyid Abbas)

14. Al-‘Uqud al-Lu’luiyyah fi al-Asanid al-Alawyyyah (Kumpulan Ijazah Bapa beliau, As-Sayyid Alawy)

15. Al-Tali‘ al-Sa‘id al-Muntakhab min al-Musalsalat wa al-Asanid (Kumpulan Ijazah)

16. Al-‘Iqd al-Farid al-Mukhtasar min al-Athbah wa al-Asanid (Kumpulan Ijazah)

Keterangan di atas merupakan beberapa kitab As-Sayyid Muhammad bin Alwy Al-Maliki yang telah dihasilkan dan diterbitkan. Terdapat banyak lagi kitab yang tidak disebutkan dan juga yang belum dicetak.

Kita juga tidak menyebutkan banyak penghasilan turath-hadist yang telah dikaji, dan diterbitkan buat pertama kali, dengan nota kaki dan komentar dari As-Sayyid Muhammad. Secara keseluruhannya, sumbangan As-Sayyid Muhammad sangat banyak & mulia.

Banyak hasil kerja As-Sayyid Muhammad telah diterjemahkan ke berbagai bahasa.

Aktivitas lain

As-Sayyid Muhammad merupakan seorang pembimbing kepada ajaran dan kerohanian Islam yang sebenarnya dan telah bermusafir ke seluruh Asia, Afrika, Eropah dan Amerika, menyeru manusia ke arah kalimah Allah dan Rasul terakhir-Nya Muhammad Sallahu Alaihi Wassalam.

Di Asia Tenggara khasnya, As-Sayyid Muhammad secara peribadi telah mengasaskan dan membiayai lebih 70 buah Sekolah Islam untuk melawan aktivitas dakwah Kristen. Sejumlah besar penganut Kristen dan Budha telah memeluk Islam di tangannya hanya setelah melihat Nur Muhammad yang bersinar di wajahnya.

Ke mana saja beliau pergi, para pemimpin, ulama dan masyarakat di tempat tersebut akan menyambutnya dengan penuh meriah. Beliau seringkali memberi ceramah kepada ratusan ribu manusia.

Beliau amat disayangi dan dicintai oleh Muslimin di seluruh dunia, bukan saja karena beliau keturunan Rasulullah, tetapi juga karena ilmunya yang luas, hikmahnya, akhlak serta watak rohaninya. Beliau juga amat terkenal amat pemurah dengan ilmu, kekayaan dan masanya.

Pendekatan

As-Sayyid Muhammad mengikuti dan menyelusuri tradisi arus utama dan mayoritas Islam, jalan Ahlu Sunnah Waljamaah, jalan toleransi dan sederhana, pengetahuan dan kerohanian, serta kesatuan dalam perbedaan.

Beliau percaya kepada prinsip berpegang dengan empat mazhab yang masyhur, tetapi tanpa fanatik. Beliau mengajar rasa hormat kepada ulama dan Awliya agung yang masyhur.

Beliau menentang sikap sewenang-wenangnya yang mengatakan Muslim lain sebagai Kafir dan Musyrik, yang telah menjadi tanda dan sifat utama sebagian faham zaman ini.

Beliau amat menentang dan kritis terhadap mereka yang digelar reformis/pembaharu (Islah) abad ke-20 yang dengan mudah ingin menghapuskan Islam generasi terdahulu menggunakan nama Islam yang suci, dengan berbagai metode dan alasan; seperti tidak perlunya/pentingnya sanad, padahal sanad dan syekh (guru) adalah hal yang terpenting dalam kita mengkaji agama Allah ini. Rasulullah sering mengingatkan kepada kita pentingnya kedua hal tersebut. Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Ibn Sirin, dikatakan “Undhuru ‘amman ta’khudzu dinakum”. Artinya lihatlah dari siapa kau ambil agamamu. Dan dalam hadis yang lain mengatakan, “Sanad adalah sebagian dari agama.” Mereka berdalih, bisa saja sanad itu diaku-aku, sungguh keliru paham seperti ini, Sistem pengajian tradisi atau turath berasaskan kepada ijazah atau ‘keizinan untuk menyampaikan ilmu’. Bukan semua orang boleh mengajar. Hanya mereka yang memiliki ijazah yang di-iktiraf (diakui) dari alim-ulama yang terkenal saja yang boleh mengajar. Setiap cabang pengetahuan dan setiap kitab Hadisth, Fiqh, Tafsir dan lain-lain, mempunyai Sanad-sanad, atau rantaian riwayat yang bersambung sehingga kepada penyusun kitab tersebut sendiri, melalui anak-anak muridnya dan seterusnya anak-anak murid mereka. Jika ada orang yang mengaku-ngaku justru dengan sistem sanad ini bisa mengetahui ‘kebohongan’-nya. Karena semua sanad tersebut tercatat ditulis tangan oleh setiap ulamanya dan di-tahkik (disahkan/diakui) oleh ulama lainnya. Kitab-kitab sanad ini masih ada tersimpan rapih dan dijaga keutuhannya demi terjaminnya kemurniannya. Misal seseorang mengaku murid si-fulan, bisa di cek dengan murid-muridnya apakah ia benar-benar telah belajar kepada si-fulan, siapa saksinya, dinyatakan dalam kitab atau catatan siapa, disinilah pentingnya manaqib-manuskrip catat-mencatat, dan ulama-ulama serta para santri-murid semua mencatat dan menulisnya, yang sudah merupakan tradisi bahkan ‘wajib’ bagi mereka untuk menulis-mencatatnya. Tentunya dalam hal ini adalah ulama-Nya bukan ulama su’(bohong), sehingga kebenaran riwayat sanad dapat dijadikan pegangan, karena Allah telah menguatkan dengan firman-Nya di dalam Al-Qur’an al-Kariim Surat al-Faathir ayat 28 yang maknanya : “..Sesungguhnya yang takut kepada Allah di antara hamba-hamba-Nya, hanyalah ulama[1258]. Sesungguhnya Allah Maha Perkasa lagi Maha Pengampun.” Banyak sanad-sanad yang penting, seperti sanad Al-Qur’an, Hadisth dan Tasawwuf, bersambung sehingga kepada Rasulullah Sallahu Alaihi Wasallam.

Bertolak dari ayat serta kedua hadis tersebut jelaslah bagaimana pentingnya sanad didalam agama ini. Hal ini karena adanya pemahaman khusus dalam mempelajari nas-nas samawi yang telah dititipkan oleh Allah ke dalam hati baginda Muhammad. Dan kemudian turun temurun ke dada para rijal Allah.

Beliau juga memahami bahwa mencela terhadap Ash’ari, atau terhadap Hanafi, Syafi’i dan Maliki, terhadap sufi, seperti mana yang dilakukan oleh sebagian faham zaman ini adalah sama dengan mencela keseluruhan Ummah Islam ribuan tahun yang lampau. Ia hanya merupakan sifat dan pendekatan musuh Islam, dan bukannya teman.

Sayyid Muhammad juga amat meyakini bahwa ulama –ulama Mazhab yang agung – mengikuti Sunni-Sufi – sejak beratus tahun yang lalu, adalah penghubung kita kepada Al-Quran dan Assunnah, dan bukanlah penghalang antara keduanya dengan kita, seperti yang diyakini sebagian pihak.

Faham yang benar berkenaan Al-Quran dan Sunnah ialah faham yang berasaskan tafsiran para ulama agung Islam, dan bukan dengan sangkaan para ekstrimis zaman moden ini yang tidak berfikir dua kali sebelum mencela mayoritas Muslim di seluruh dunia. Sayyid Muhammad juga berpendapat mayoritas ummah ini adalah baik. Kumpulan-kumpulan minoritas yang fanatiklah yang perlu mengkaji kembali faham ekstrim mereka.

Sayyid Muhammad merupakan pendukung sebenar Sufi yang berasaskan Syariah, Sufi para Awliya’ agung dan kaum Sholihin ummah ini. Beliau sendiri merupakan mahaguru kerohanian di tingkat yang tertinggi, berhubungan dengan kebanyakan peraturan kerohanian Islam, melalui para Masyaikh Thariqah yang agung.

Source: Milist Majelis Rasulullah SAW

2 Responses to 'Manaqib Al-Habib Sayyid Muhammad Alawy Al-Maliki'

Subscribe to comments with RSS or TrackBack to 'Manaqib Al-Habib Sayyid Muhammad Alawy Al-Maliki'.

  1. wong said,

    SHOLU ALAN NABI…

    • al4mien said,

      Allahumma shooli wasallim wabarik ‘alaihi wa ‘ala alihi waashhabihi ajma’in


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: